fbpx

Anjing menyamar jadi harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua ekor anjing yang menyerupai harimau di sebuah zoo di China. - NX

BEIJING – Sebuah zoo di China dikritik kerana mempamerkan dua ekor anjing yang diwarnakan menyerupai harimau untuk menarik lebih ramai pengunjung, lapor akhbar New York Post. 

Kejadian berlaku di Qinhu Bay Forest Animal Kingdom, bandar Taizhou dalam wilayah Zhejiang baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Douyin memaparkan kedua-dua anjing itu dicat warna jingga dan hitam di badan serta muka. 

Menurut pihak pengurusan zoo, haiwan itu dijadikan ‘gimik’ dan tiada risiko kesihatan terhadap perwarnaan itu. 

“Anjing itu adalah daripada spesies Chow Chow asli yang ‘dicelup’ menjadi ‘anjing harimau’ dan bukan harimau sebenar.’ 

“Orang ramai juga mewarnakan rambut mereka. Pewarna semula jadi boleh digunakan pada anjing jika ia mempunyai bulu yang panjang,” kata seorang  jurucakap zoo tersebut. 

Segelintir pengunjung menyifatkan perbuatan pihak zoo sebagai tidak berperikemanusiaan kerana sanggup melakukan kekejaman terhadap haiwan. 

“Mereka pasti tidak berani memandikan anjing-anjing itu kerana takut warnanya luntur,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI