fbpx

Emma Maembong ada dalam hati – DJ Kid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA kekal mengunci mulut mengenai gosip percintaannya dengan Dj Kidd.

PETALING JAYA – Spekulasi keintiman antara pelakon Emma Maembong dengan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd diperkatakan semula selepas lelaki terbabit secara terbuka mendedahkan perasaannya.

Lelaki terbabit dengan selamba memberitahu bahawa pemilik nama lengkap Fatimah Rohani Ismail, 32, kini berada di dalam hatinya.

“Dalam hati,” tulis Dj Kidd dalam sebuah ruangan komen.

Tindakan tersebut tercetus selepas seorang individu meninggalkan persoalan keberadaan Emma dalam video hantarannya dalam TikTok.

“Mana Kak Emma?,” soal netizen ringkas.

Meskipun tidak tahu sama ada respons tersebut sekadar gurauan atau serius tetapi rata-rata seolah-olah merestui hubungan mereka.

“Aku suka jawapan ini,” kata pengikut.

“Wah, sweet (romantik) abang ini,” jelas netizen.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Malah, pasangan itu didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan beberapa gambar yang tular dalam media sosial.

Emma dan Shazli sebelum ini merahsiakan tarikh sebenar perceraian mereka, namun mengumumkan perpisahan pada 7 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI