PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, dan Labuan sehingga pukul 9 malam ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan amaran tersebut melibatkan seluruh kawasan di Labuan.
“Sementara itu, di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang,” lapor MetMalaysia.
Bagi Sabah, keadaan serupa turut diramalkan di beberapa daerah termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau serta Sandakan (Tongod).
Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di seluruh Semenanjung negara petang ini. – KOSMO! ONLINE