fbpx

Penganggur rugi RM56,000 angkara nak buat pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur berputih mata setelah pinjaman yang dibuat tidak diperolehi malah rugi lebih RM56,000 apabila terpaksa membayar bayaran yang bukan-bukan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 34 tahun membabitkan kes pinjaman dalam talian yang tidak wujud, semalam.

Beliau berkata, mangsa melihat iklan pinjaman wang di laman Facebook pada 22 November tahun lalu dan mangsa bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM250,000 dengan individu terbabit.

Katanya, mangsa kemudiannya menerima panggilan daripada nombor talian 03-76268899 yang memaklumkan permohonan pinjaman telah diluluskan, pada 2 Januari lalu.

“Terjerat janji manis itu, mangsa membuat 12 transaksi pindahan wang yang didakwa bagi tujuan bayaran insurans, menaikkan skor kredit dan bayaran yuran pemprosesan pinjaman, pada hari yang sama.

“Semua transaksi itu dibuat ke dua akaun bank berbeza hingga mencecah RM56,500,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Menurut Raub, sehingga kini, mangsa masih belum menerima pinjaman yang dipohon sebelum menyedari bahawa dirinya telah ditipu.

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati nombor telefon yang digunakan serta dua akaun bank yang terbabit masih belum mempunyai rekod penipuan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI