fbpx

Tragedi pulang bercuti di Kota Bharu, suami isteri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syamie (kiri) dan Nurul Syafika beserta keadaan kereta Perodua Myvi dinaiki empat beranak selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Abang kepada seorang suri rumah yang maut bersama suaminya dalam nahas sebuah kereta bertembung treler di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di sini awal pagi tadi tidak menyangka kemalangan yang tular di media sosial itu melibatkan adiknya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isterinya, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua anak mereka berusia 10 bulan dan lima tahun selamat.

Abang kepada Nurul Syafika, Mohamad Hasbi Zulkifli, 32, berkata, adik bersama keluarganya bertolak dari rumah mereka di Tanah Putih di sini kira-kira pukul 7 pagi semalam untuk bercuti dan bersiar-siar di Kota Bharu.

Katanya, dia sempat berhubung dengan arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik buat kali terakhir sebelum dia bergerak pulang ke rumah mereka semalam.

“Arwah dan keluarganya keluar sehari suntuk bersiar-siar di Kota Bharu sebelum pulang semula ke Gua Musang.

“Saya ada membaca mesej melalui kumpulan WhatsApp mengenai nahas membabitkan sebuah treler yang melintang di atas jalan raya di Bandar Utama,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Mohamad Hasbi menunjukkan gambar keluarga adiknya yang maut dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

Mohamad Hasbi memberitahu, terkesan dengan mesej itu, dia terus menghantar WhatsApp kepada adik ipar, Muhammad Syamie pada pukul 2.03 pagi agar berhati-hati semasa memandu pulang.

Bagaimanapun menurutnya, tiada balasan daripada Muhammad Syamie sehingga membuatkan dia bimbang.

“Kira-kira pukul 2.30 pagi, anggota polis menghubungi saya sebelum memaklumkan Nurul Syafika dan suaminya meninggal dunia di lokasi kejadian. Saya amat terkejut dan tidak menyangka berita kemalangan yang tular di WhatsApp itu melibatkan keluarga Nurul Syafika,” ujarnya.

Mohamad Hasbi berkata , dua anak saudaranya, Nur Irdina Delisha, 10 bulan dan Muhammad Izz Danial, 5, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan pada bahagian perut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI