PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri perhatian ramai apabila menghasilkan hantaran perkahwinan unik yang direka menyerupai pelan rumah, lengkap dengan susunan terperinci yang menampilkan elemen seni bina.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok, Cahaya Mata, video itu memaparkan gubahan hantaran yang kreatif yang disusun dengan teliti bagi menampilkan replika lampu jalan, tanaman, serta pelbagai elemen lain yang melengkapkan konsep kediaman idaman.
“Bila suami kata biar dia yang buat hantaran untuk kedua-duanya, maka terhasillah ini. Hasil tangan suami sendiri dari rekaan sehingga menjadi satu produk. Terima kasih, suami!” tulis Cahaya Mata dalam kapsyen hantaran tersebut.
Usaha luar biasa si suami itu mendapat pujian ramai, dengan rata-rata netizen mengagumi kreativiti yang ditunjukkan dalam menghasilkan gubahan yang penuh bermakna.
“Hantaran paling unik setakat ini. Cantik sangat! Tahniah atas perkahwinan kalian,” ujar Cik Bunga.
“Air tangan arkitek ni! Tahniah akak dan suami. Semoga rumah tangga yang dibina menjadi keluarga sakinah, mawaddah, dan warahmah,” kata Umigarunk.
“Suami akak memang tahap lain. Kreatif, inovatif, dan penuh usaha! Tahniah! Semoga bahagia hingga ke syurga, insya-Allah,” komen Nxds.m. -KOSMO! ONLINE
@cahaya_mataku89 BILA EN SUAMI KATA BIAR DIA YANG BUAT HANTARAN UNTUK KEDUA² NYA MAKA TERHASIL LAH INI, HASIL TANGAN EN SUAMI SENDRI DARI DESIGN SEHINGGA JADI 1 PRODUCT, TERIMA KASIH EN SUAMI 😍😍😍😍❤️❤️❤️#DiariNurul #fromkolejtopelamin #welcome2025 #husbandandwife #NURULDANNIZAM #from2007until2025nforever ♬ Beautiful In White – Shane Filan