fbpx

[VIDEO] Serang warga Singapura guna parang: 2 suspek diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG daripada dua orang suspek yang masih bebas dan diburu polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian mencederakan seorang lelaki di Kampung Tengah, Kluang pagi semalam.

KLUANG – Polis Daerah Kluang mencari dua suspek yang masih bebas dan disyaki terlibat dalam kejadian mencederakan seorang lelaki warga Singapura di Kampung Tengah disini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun berjaya ditahan di lokasi sama pada pukul 6.10 pagi.

Katanya, sebelum itu polis telah menerima laporan seorang lelaki dicederakan menggunakan parang sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Kluang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil semakan mendapati tangkapan mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala ujian saringan air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

“Dua lagi dipercayai rakan sejenayah tangkapan berjaya melarikan diri dan usaha mengesan kedua-duanya sedang giat dijalankan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 45 saat yang memaparkan seorang lelaki telah menyerang menggunakan kayu dengan memecahkan cermin kereta mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI