fbpx

Banjir di Sarawak makin buruk, 12,486 mangsa terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Serian, yang ketika ini 19 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari bahagian berkenaan.

KUCHING – Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 12,486 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata sebanyak 62 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa dari 3,648 keluarga itu.

Katanya di Bintulu, sebanyak sembilan PPS dibuka manakala Serian (19 PPS), Samarahan (14 PPS), Kuching (3 PPS), Miri (10 PPS) dan Sibu (6 PPS).

“Setakat ini, tiada PPS yang ditutup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya tiga PPS turut dibuka bagi menempatkan mangsa tanah runtuh iaitu dua di Miri dan satu di Bintulu.

Selain itu, beliau berkata satu PPS juga dibuka di Sibu bagi menempatkan 37 orang mangsa kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI