fbpx

Ducati setuju kekal bersaing di MotoGP hingga 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUCATI telah menandatangani kontrak baharu dengan menyatakan persetujuan untuk bersaing dalam MotoGP hingga musim 2026. – TWITTER DUCATI CORSE

PARIS – Pasukan permotoran terkenal dunia, Ducati mengesahkan bakal bersaing dalam ­saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sehingga musim 2026 selepas menandata­ngani lanjutan kontrak bersama ­pe­nganjur, Dorna Sports minggu ini.

Sebagai rekod, Ducati yang berpangkalan di Bologna, Itali telah bersaing dalam kejohanan motosikal paling berprestij itu sejak 2003 dan berjaya melahirkan juara dunia menerusi Casey Stoner pada 2007.

Malah, Ducati turut berjaya mencipta sejarah apabila menjuarai kategori pengeluar pada saingan musim lepas menerusi dua bekas pelumba mereka, Antonio Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali me­ngakui sangat teruja untuk memastikan jenama Ducati terus bersaing di peringkat tertinggi dalam usaha kekal relevan dalam arena permotoran antarabangsa.

“Perlumbaan dalam arena permotoran sudah sebati dengan jenama Ducati dan saya harap perjanjian ini membuktikan komitmen kami untuk terus berada dalam kalangan jenama motor terbaik di dunia.

“Namun, saya tidak mahu pa­sukan berpuas hati dengan pres­tasi semasa dan mereka perlu bekerja keras untuk memberikan yang terbaik terutama dalam misi mengekalkan kejuaraan ­ka­tegori pengeluar tahun lalu,” katanya.

Bagi saingan musim ini, Ducati akan diwakili oleh dua pelumba baharu, Jack Miller dari Austra­lia dan Francesco Bagnaia (Itali) yang diberi tanggungjawab untuk menunggang jentera baharu pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI