fbpx

Sekadar ‘marketing’ tapi ramai restu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq benar-benar bercinta.

SUDAH hampir dua minggu media sosial Diva dibanjiri dengan konten Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Macam-macam video mereka muncul dalam media sosial dan pastinya mendaki Gunung Kinabalu antara yang paling viral serta meraih pelbagai reaksi netizen.

Hakikatnya semua itu hanya ‘marketing’ untuk sebuah jenama pakaian yang menggandingkan mereka sebagai duta.

Namun, ramai pula yang ‘termakan’ dengan kemesraan dan gelagat comel mereka sehingga berharap Bella dengan Syed Saddiq benar-benar bercinta.

Nasib baik Diva tidak mudah terperdaya dengan semua konten tersebut tetapi siapa tahu mungkin doa peminat yang mahu melihat mereka bercinta termakbul satu hari nanti.

Cuma adakalanya, Diva ada juga baca komen netizen yang muak dan bosan sebab terlalu banyak menjaja konten hubungan mesra olok-olok sebegitu.

Mungkin sekali dua tak mengapa tetapi sekarang macam ‘over’ sangat.  Sabarlah ya semua, realitinya itulah antara cara promosi zaman sekarang untuk tarik pembeli.

DIVA: Tak dinafikan Bella nampak comel mendaki Gunung Kinabalu dengan pakai baju kurung.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI