fbpx

Wanita maut motosikal terbabas akibat tayar pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki mangsa bersama suaminya selepas terlibat kemalangan dekat simpang 3 Taman Syeikh Fadzir, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Baling hari ini.

BALING – Seorang wanita maut apabila motosikal yang dinaiki bersama suaminya hilang kawalan akibat tayar pecah dekat simpang 3 Taman Syeikh Fadzir, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mohd Azmi Mokhtar berkata, kejadian pada pukul 1.40 tengah hari tadi mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Nor Fatihah Amylia Abdullah, 29, berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal jenis Yamaha NVX (ABS) yang ditunggang oleh suaminya, Ahmad Fadzli Ahmad Fadil, 29, dari arah Terengganu dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Sungai Petani.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai tayar belakang motosikal mereka pecah menyebabkan penunggangnya hilang kawalan lalu jatuh terseret ke tengah jalan,” katanya.

Katanya, suami mangsa mengalami cedera patah bahu sebelah kiri, luka-luka di bahagian siku kanan dan telah dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI