fbpx

Kecoh wanita ajak lelaki keluar ‘dating’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar perbualan antara Reshika dengan seorang lelaki. - Foto X

NEW DELHI – Perbualan seorang wanita yang mengajak seorang lelaki keluar untuk temu janji menjadi ‘sensasi’ di media sosial, lapor portal berita India Today kelmarin.

Dalam siaran di platform X, Reshika Srivastava menyiarkan tangkap layar perbualan dia dan seorang lelaki yang dikenalinya.

“Rakan-rakan( netizen), saya ajak dia keluar dan dia berkata ya!” Kata Reshika.

Dalam perbualan sembang bersama lelaki tersebut, Reshika berkata: “Biar saya tanya awak betul-betul. Adakah awak mahu keluar temu janji dengan saya?”

Lelaki itu menjawab: “Ya! Wow! Saya tidak tahu hendak cakap apa. Saya sangat gementar untuk bertanya kepada awak tetapi perkara ini sering bermain di fikiran.

“Tetapi awak telah mengajak saya keluar. Sekarang saya boleh.”

Pendedahan Reshika itu mengundang pelbagai komen netizen.

Seorang netizen berkata, dia mengharapkan lebih ramai wanita akan membuat perkara serupa.

“Tolong beritahu susulan (selepas temu janji!)”  kata  seorang lagi netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI