NYON, Switzerland- Juara musim 2011, Porto berdepan laluan berliku dalam usaha mara ke pusingan 16 terbaik selepas diundi bertemu jaguh Serie A, AS Roma pada aksi playoff Liga Europa musim ini.
Sementara itu, kelab gergasi Turkiye, Galatasaray akan menentang AZ Alkmaar manakala Fenerbahce bakal bertemu pasukan Liga Belgium, Anderlecht.
Pusingan pertama playoff akan berlangsung pada 13 Februari manakala aksi ulangan bakal berlangsung pada 20 Februari.
Lapan pemenang peringkat playoff akan layak ke pusingan 16 terbaik bertemu kelab-kelab pilihan utama seperti Lazio, Athletic Bilbao, Manchester United, Tottenham Hotspur, Eintracht Frankfurt, Olympique Lyon, OLympiacos dan Rangers.
Undian Penuh Playoff Liga Europa
Ferencvaros lwn Viktoria Plzen
Porto lwn AS Roma
Galatasaray lwn AZ Alkmaar
Real Sociedad lwn Midtjylland
Ajax lwn Union SG
FCSB lwn PAOK
Bodo/Glimt lwn Twente
Fenerbahce lwn Anderlecht