fbpx

Piala Cabaran: Kedah tekad buru tiket ‘final impian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain KDA FC giat menjalani latihan sebelum aksi separuh akhir kedua menentang PDRM FC malam esok. - Foto ihsan KDA FC

IMEJ pertandingan Piala Cabaran dijangka akan terus melonjak tinggi sekiranya dua pasukan berstatus besar yang berasaskan negeri, Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mampu layak ke perlawanan akhir musim ini.

Tanpa menafikan kualiti yang ada pada juara bertahan, PDRM FC dan Penang FC, jika Red Giants serta KDA FC mampu ke final ia dilihat mampu peluang terbaik untuk menghidupkan minat terhadap pertandingan itu.

Tonggak utama KDA FC, Akmal Zahir, berkata walaupun isu gaji membayangi pasukan musim ini, Piala Cabaran menjadi peluang terbaik buat semua pemain membuktikan sesuatu sekaligus beri keceriaan buat penyokong setia Hijau Kuning.

“Saya bersyukur kita tidak kalah di Stadium Selayang (separuh akhir pertama) walaupun dengan keadaan pasukan kami sekarang. Keputusan seri ini dianggap positif untuk kami berjuang semula ke Alor Setar dan melakukan aksi lebih baik nanti. 

“Oleh itu, saya ingin menyeru para penyokong bola sepak Kedah untuk hadir ke stadium nanti dan dapat memenuhi tempat duduk demi pasukan keramat mereka,” katanya.

Kelebihan kini seakan condong kepada KDA FC kerana akan harungi aksi timbal balik di depan penyokong sendiri apabila akan melayan kunjungan The Cops di Stadium Darul Aman, malam esok.

Pada aksi separuh akhir pertama, KDA FC terikat 3-3 dengan PDRM FC manakala dalam satu lagi aksi menyaksikan pasukan pilihan Selangor FC menang 1-0 ke atas Penang FC. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI