fbpx

UCL: Aksi ‘blockbuster’ Man. City-Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik ihsan UEFA

NYON, Switzerland- Seperti dijangka, Manchester City bakal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu juara bertahan, Real Madrid pada aksi playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Lebih menarik, ini adalah pertembungan musim keempat berturut-turut buat kedua-dua pasukan termasuk saingan suku akhir tahun lalu yang dimenangi oleh The Galacticos.

Sementara itu, kelab gergasi Jerman, Bayern Munich akan menentaang Celtic manakala Paris Saint-Germain (PSG) bakal bertemu seteru Ligue 1, Brest.

Pusingan pertama playoff akan berlangsung pada 11 dan 12 Februari manakala aksi ulangan bakal berlangsung pada 18 dan 19 Februari.

Lapan pemenang peringkat playoff akan layak ke pusingan 16 terbaik bertemu kelab-kelab pilihan utama seperti Liverpool, Arsenal, Barcelona, Inter Milan, Aston Villa, Bayer Leverkusen, Lille dan Atletico Madrid.

UNDIAN PENUH PLAYOFF UCL

Brugge lwn Atalanta
Sporting Lisbon lwn Borussia Dortmund
Manchester City lwn Real Madrid
Celtic lwn Bayern Munich
Juventus lwn PSV Eindhoven
Feyenoord lwn AC Milan
Brest lwn PSG
AS Monaco lwn Benfica

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI