JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan detik seekor buaya muncul secara tiba-tiba di sebuah rumah yang ditenggelami banjir di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Malaka, wilayah Nusa Tenggara Timur baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ntt.update menunjukkan buaya itu berenang dengan santai di bahagian ruang tamu.
Lebih mengejutkan apabila si perakam sanggup mengekori reptilia berkenaan pada jarak dekat.
Rakaman itu mencatatkan lebih 400,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Si buaya: saya nak menginap di rumah anda boleh?” kata seorang netizen.
“Kami lebih takut dengan buaya darat,” kata netizen lain. – AGENSI