fbpx

Lelaki lemas ketika berenang ke kawasan batu di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui lemas ketika berenang seorang diri ke kawasan batu di tengah laut.

KUANTAN – Kegembiraan empat sahabat beriadah dengan mandi manda di Pantai Balok di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Difahamkan mangsa yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Ahmad Nanda, 22, hilang ketika berenang seorang diri ke kawasan batu di tengah laut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang datang dari Kuala Lumpur mandi manda bersama tiga rakannya di kawasan pantai berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

“Mangsa kemudiannya mengajak rakan-rakannya berenang menuju ke kawasan batu di tengah laut yang berjarak kira-kira 50 meter dari pantai tetapi rakan-rakan mangsa hanya berjalan kaki di dalam air mengikuti mangsa daripada belakang.

“Semasa berenang menghampiri kawasan batu, mangsa tiba-tiba tenggelam dan terkapai-kapai sebelum dibawa arus dan hilang daripada pandangan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi melakukan operasi pencarian sebelum mayat mangsa ditemukan pada pukul 2.17 petang di kawasan berbatu kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Katanya mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

“Hasil pengecaman oleh pengadu mengesahkan mayat tersebut adalah mayat mangsa yang lemas dan pemeriksaan awal terhadap fizikal mangsa mendapati tiada kecederaan dan tiada unsur jenayah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI