fbpx

Pemain beregu lelaki negara perlu penuhi kriteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON CHIA dan Soh Wooi Yik berpeluang untuk kembali meningkatkan prestasi mereka dengan kehadiran Herry dalam kem kejurulatihan BAM.

TIDAK ada jalan pintas buat pemain-pemain beregu lelaki negara sekiranya mereka memasang hasrat untuk menjadi juara di bawah bimbingan ketua jurulatih beregu lelaki yang baharu, Herry Iman Pierngadi.

Bekas pengendali skuad beregu lelaki Indonesia itu sudah menetapkan kriteria-kriteria tertentu yang perlu dipenuhi pemain-pemain negara menjelang latihan pertamanya bersama skuad kebangsaan hari ini.

“Bagi mencapai tahap juara dunia dan Olimpik, apa yang pasti adalah harus bekerja keras dan jangan lupa bahawa ia perlu dibuat secara menyeluruh. Ia merangkumi disiplin, kerja keras dan motivasi.

“Bagi saya, perkara itu perlu dipertingkatkan dan lebih konsisten kerana pemain-pemain biasanya beberapa bulan bermotivasi tinggi sebelum menurun. Sebagai pemain memang ada turun naik,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Meskipun baru tiba di Malaysia dari Indonesia malam kelmarin, namun jurulatih legenda itu tidak menunggu lama apabila terus datang ke ABM untuk melihat sendiri suasana latihan selain bertemu dengan barisan pemain.

Sebagai rekod, beliau dibawa masuk bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Bin Shen yang mengambil keputusan meninggalkan ABM bagi menyertai Wong Choong Hann bersama Persatuan Badminton Hong Kong.

“Bagi saya, ketika pemain berdepan kesukaran adalah tempoh di mana kita perlu beri perhatian sepenuhnya supaya motivasi mereka tidak berkurang. Motivasi itu sentiasa menjadi perkara No.1,” ujar Herry.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI