fbpx

EPL: Liverpool mahu terus selesa di puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL enggan terbawa-bawa dengan kekalahan kepada PSV sebaliknya kembali memberi fokus melebarkan jurang di takhta EPL. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui barisan pemain sedia untuk melebarkan rekod tanpa kalah menjelang ujian getir bertemu Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Sebagai rekod, skuad The Reds ketika ini cemerlang mendahului carta liga apabila tidak tewas sejak 18 perlawanan lepas, tetapi tidak berada pada momentum terbaik apabila kalah mengejut 2-3 kepada PSV Eindhoven dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal minggu ini.

Kata Slot, keputusan tersebut langsung tidak dihiraukan pasukan yang sudah bersedia sepenuhnya untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga sekali gus mencerahkan peluang bergelar juara buat kali pertama sejak edisi 2019/2020.

“Sudah tentu kami gembira untuk mendahului carta liga dan selepas mengharungi 23 perlawanan, jurang mata dengan pasukan pesaing juga semakin jauh.

“Saya harap prestasi pasukan dapat dikekalkan kerana Liverpool adalah kelab besar dan perlu sentiasa bersaing di peringkat tertinggi seperti EPL dan UCL secara konsisten,” katanya.

Sementara itu, pengendali The Cherries, Andoni Iraola mengakui hanya keputusan positif dapat mencerahkan peluang untuk mencabar kelompok empat kelab teratas sekali gus memburu slot UCL musim depan.

“Saya tidak mahu fikir terlalu jauh dan pemain perlu fokus untuk mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan. Kita pun sudah harungi 11 perlawanan tanpa tewas dan harap momentum ini dapat diteruskan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI