fbpx

Juruteknik rugi RM201,062 ditipu tawaran kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Hasrat seorang juruteknik untuk menjana pendapatan tambahan dengan membuka ‘dropship’ pakaian musnah apabila dia ditipu skim tawaran kerja sambilan tidak wujud sehingga mengalami kerugian sebanyak RM201,062.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 14 Disember tahun lalu selepas mangsa berminat dengan tawaran ‘dropship’ pakaian ditawarkan suspek yang dikenali melalui aplikasi Tagged.

“Mangsa telah berurusan dalam aplikasi WhatsApp dan suspek telah memberikan satu alamat laman sesawang https://vonshop.com bagi tujuan perniagaan tersebut.

“Bermula pada 31 Disember 2024 mangsa telah membuat membuat 14 kali pindahan wang ke lapan akaun bank yang berlainan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM201,062.44,”katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM20,000 untuk mengeluarkan keuntungan kira-kira RM266,163.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan pinjaman bank untuk semua transaksi yang dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI