fbpx

[VIDEO] ‘Siap tanya siapa nak duduk dalam but’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian pemandu tersebut.

PETALING JAYA – Dua lelaki warga asing ‘terpaksa’ duduk dalam but selepas mereka berenam menempah perkhidmatan e-hailing yang hanya boleh memuatkan empat penumpang.

Menerusi perkongsian @Sifu_driving di TikTok, sekumpulan lelaki itu dilihat berbincang apabila pemandu e-hailing menjelaskan bahawa keretanya hanya boleh membawa empat orang.

Namun, salah seorang daripada mereka bertegas mahu menggunakan satu kereta sahaja, walaupun pemandu mencadangkan untuk menempah sebuah lagi kenderaan.

Situasi bertambah lucu apabila pemandu itu berseloroh dengan mencadangkan dua orang duduk di dalam but sekiranya tetap mahu menaiki kereta yang sama.

Lebih mengejutkan, mereka kelihatan serius berbincang seolah-olah benar-benar mempertimbangkan cadangan duduk di dalam but.

Hantaran itu menerima pelbagai komen mengusik daripada pengguna media sosial yang terhibur dengan situasi berkenaan.

“Siap tanya member (kawan), siapa nak duduk dalam but,” ujar @Sun_flowerz1.

“Mungkin sebenarnya mereka tak pandai nak tempah untuk yang enam orang punya,” kata @_kakros0, bersangka baik.

“Bawak je lah, bang. Kesian yang dua orang itu. Suruh naik atas bumbung je, biar sekali jalan,” usik @Nasrialinasriali0. – KOSMO! ONLINE

@sifu_driving Kasi sumbat dalam bonet #grabdriver #ehailingdriver ♬ original sound – sifu driving

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI