fbpx

Polis belum dapat kesan suami tampar isteri, mangsa enggan beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khlayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.

SEPANG – Pihak polis sehingga kini masih belum dapat mengesan lelaki yang menampar isterinya menerusi video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya telah dapat menghubungi isteri individu berkenaan, namun wanita itu enggan memberi kerjasama.

“Kami belum dapat mengesan lelaki itu dan wanita itu juga enggan bagi kerjasama untuk mengesan suaminya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya tidak pasti kenapa wanita itu enggan bagi kerjasama dan berkemungkinan tidak mahu suaminya berdepan tindakan.

Sebelum ini, tular rakaman video seorang lelaki menampar isterinya di sebuah pasar raya sehingga menimbulkan kecaman di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI