fbpx

Dapat upah RM600 sekilogram seludup dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan antara dadah yang dirampas di KLIA. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Upah sebanyak RM600 sekilogram menjadikan dua lelaki gelap mata apabila menjadi keldai dadah kepada satu sindiket buat pertama kali.

Perbuatan kedua-dua suspek berusia 18 dan 25 tahun itu berjaya dipatahkan dan merampas 30.3 kilogram syabu di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kira-kira pukul 5.30 petang pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangkapan mereka yang berasal dari Sarawak itu dilakukan ketika masing-masing menarik beg bagasi di KLIA 2.

Katanya, pemeriksaan kemudiannya menemui 30 bungkusan plastik berisi syabu dianggarkan berjumlah RM967, 000.

“Kedua-dua suspek adalah kali pertama datang ke Semenanjung dan dibawa sindiket menerusi komunikasi sosial media sebelum menginap di sebuah apartment di Kota Warisan, Sepang.

“Penginapan mereka di apartment itu adalah selama empat hari dan kesemua syabu itu untuk bekalan pasaran di Miri, Sarawak,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati seorang daripada suspek telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dan bekerja sebagai pemandu lori sebuah syarikat perabot. Manakala, seorang lagi adalah penganggur.

Jelasnya, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai empat dan satu rekod lampau namun negatif dadah.

Dalam perkembangan berlainan, seorang lelaki warga Britain berusia 36 tahun turut ditahan bersama 31 ketulan mampat berisi ganja bernilai RM36, 000 pada pukul 10 malam, 24 Januari lalu di sekitar Terminal KLIA.

Tegas Hussein, suspek yang merupakan pengawal keselamatan itu memasuki negara ini pada 16 Januari dari London dan ingin kembali bandar tersebut bersama dadah itu ketika ditangkap polis.

“Suspek warga asing tidak sebarang mempunyai rekod kesalahan di Malaysia dan saringan awal air kencing didapati positif delta-9 tetrahydrocannabinol (THC).

“Hasil daripada dua kes ini juga berjaya merampas dua jam tangan masing-masing jenama Lee Cooper dan Apple Watch bernilai keseluruhan RM2, 000 selain wang tunai 50 British Pound,” katanya.

Kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI