fbpx

Hujan lebat landa Sabah, cuaca cerah di Semenanjung petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di beberapa bahagian negeri Sabah sehingga pukul 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Kata MetMalaysia, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang selain orang ramai turut disarankan menangguhkan aktiviti luar serta mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini

Tambah MetMalaysia, cuaca cerah dan baik dilihat berlaku di semua negeri di Semenanjung serta Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI