fbpx

‘Saya hanya mahu mainkan perasaan Harith Iskander’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izzuddin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. -Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tindakan tukang rumah yang menghantar kata-kata ancaman jenayah terhadap keluarga pelawak Harith Iskander memakan diri apabila dia dipenjara selama lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret S.Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md. Salim, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 24 Januari dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama sebulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menghantar WhatsApp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang bermaksud tertuduh akan melakukan jenayah rogol dan bunuh yang mana WhatsApp itu dihantar oleh tertuduh dan diterima oleh Jezamine Lim yang mana perbuatan tertuduh telah menakutkan secara jenayah.

Kandungan WhatsApp itu kemudian dibaca Jezamine di sebuah restoran di sini pukul 8.50 pagi pada 23 Januari lalu yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu selepas fakta kes dibacakan Majistret Mageswary bertanyakan kepada tertuduh adakah benar fakta kes berhubung pertuduhan itu.

Majistret: Fakta yang dibacakan betul atau tidak betul?
Tertuduh: Betul (fakta kes)…niat saya hanya ingin mainkan perasaan Harith Iskandar sahaja. Saya tiada maksud yang lain.

Kosmo! 26 Januari lalu melaporkan, polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki mengeluarkan ancaman bunuh terhadap pelawak, Harith Iskander dan keluarganya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek direman bagi membantu siasatan susulan laporan bekas isteri Harith yang juga pengurusnya, Dr. Jezamine Lim di Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) membatalkan persembahan Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang dijadualkan berlangsung malam tadi, susulan ancaman terhadap keluarga pelawak terbabit.

Dr Jezamine menerusi satu kenyataan mengesahkan keputusan berkenaan dibuat bersama pengurusan DFP, selain memaklumkan Harith kecewa dengan pembatalan itu kerana persediaan rapi sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Ancaman dipercayai dibuat selepas pelawak berkenaan memuat naik hantaran dalam media sosial mengenai topik ham dan disambut pengikutnya dengan pelbagai komen termasuk didakwa mengaitkan nama Nabi Muhammad SAW. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI