fbpx

Sasar keluar RM200, 000 sehari hasil scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan wang tunai dan kad mesin ATM yang dirampas dalam kumpulan sindiket itu. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Sasar RM200, 000 pengeluaran sehari hasil scammer merupakan modus operandi sekumpulan sindiket pengeluaran wang melalui mesin pengeluaran automatik (ATM).

Perkara tersebut terbongkar susulan penangkapan enam suspek termasuk empat wanita berusia 30 hingga 40 tahun di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan turut mendapati kumpulan suspek termasuk warga Vietnam ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan semua arahan akan disampaikan menerusi kumpulan aplikasi Telegram dan WhatApps.

Katanya, suspek akan menerima kad-kad ATM daripada runner sindiket sebelum mengeluarkan wang tunai melalui mesin-mesin ATM sekitar Lembah Klang.

“Setiap hari kumpulan suspek dikehendaki mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM sehingga mencapai sasaran RM200, 000.

“Kemudian wang tunai tersebut akan diserahkan kepada runner atau ahli sindiket yang lain untuk pelbagai penipuan termasuk pembelian mata wang digital (USDT),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata beliau, hasil tangkapan tersebut berjaya merampas sebanyak 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM200, 000 dan 122 keping kad ATM pelbagai bank.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan terutama harga yang ditawarkan kepada penjual atau penyewa kad ATM ini.

“Ini merupakan kejayaan julung kali dilakukan melibatkan kumpulan ini mengeluarkan wang dari mesin ATM dalam bentuk sindiket.

“Kita masih menyiasat sejak bila kumpulan ini aktif melakukan jenayah tersebut,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sedang mengesan pemilik akaun tersebut dan bagaimana kad itu boleh sampai kepada sindiket.

“Berdasarkan pindaan Seksyen 424B, pemilik akaun membenarkan akaun digunakan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda antara RM10, 000 hingga RM100, 000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI