SHAH ALAM – Kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting dekat sini minggu lalu adalah kumpulan penyeludup migran.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dengan semasa kejadian mereka dalam perjalanan poses keluar dari perairan negara ini selepas mengambil PATI.
Katanya, pihaknya juga telah merakam keterangan dua daripada empat PATI yang kini dirawat di hospital.
“Ya, mereka terlibat dalam penyeludupan migran dengan semua tangkap iaitu empat yang cedera dan satu meninggal dunia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.
“Kita percaya mereka ini dalam proses keluar daripada perairan tidak sah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Menurut beliau, pihak kini sedang mengesan dua warga Indonesia yang menghantar tiga daripada mangsa ke Hospital Serdang sebelum ini yang dipercayai terlibat sekali dalam insiden itu.
Selain itu, pengesanan dan penangkapan juga sedang giat dilakukan terhadap saki baki antara 10 hingga 15 PATI dalam bot.
Tambah Hussein, pihaknya telah merekodkan 14 keterangan daripada anggota dan pegawai Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) dan pemeriksaan pada bot agensi keselamatan itu dan penyeludup.
“Kita percaya APMM ada prosedur mereka sebelum melepaskan tembakan apabila diancam. Pihak berkuasa sentiasa melakukan rondaan dalam mengekang aktiviti pendatang asing tanpa izin di perairan negara.
“Kes disiasat mengikut 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkam lima lelaki warga Indonesia termasuk seorang maut ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting di sini, dipercayai melanggar bot dan menyerang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan tugas rondaan.
Siasatan mendapati bot suspek melanggar sebanyak empat kali sebelum dua daripada mereka cuba menyerang penguat kuasa dengan parang.
Justeru, atas faktor keselamatan dan mempertahankan diri, pegawai Maritim terpaksa melepaskan beberapa tembakan ke arah bot itu.- KOSMO! ONLINE