fbpx

Wanita tipu isteri Along Cham ada 5 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar hari ini. -Foto AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang wanita yang ditahan berhubung kes penipuan RM95,180 melibatkan isteri pelakon dan pelawak, Along Cham mempunyai lima rekod kes sama di empat negeri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu diperoleh selepas siasatan dijalankan ke atas wanita itu dengan kes dilaporkan di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Katanya, suspek wanita itu turut dikehendaki berhubung laporan di Tanjung Aru, Sabah.

“Wanita itu kini direman selama empat hari manakala suaminya pula direman tiga hari. Pasangan tersebut berusia dalam linkungan 20-an.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan sama ada wujud penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan dapat mengurangkan tuduhan terhadap Along Cham.

“Bagaimana boleh meyakinkan mangsa kononnya menguruskan dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan tuduhan masih dalam siasatan.

“Kita sedang kesan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain dalam siasatan lagi. Adakah benda ini betul atau satu tuduhan pihak berkuasa,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI