PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki memakai kain dalam atau ‘petticoat’ selepas bersunat raih perhatian netizen.
Menerusi perkongsian Syarifah Asyikin, memaparkan anaknya yang memakai ‘petticoat’ selepas bersunat untuk memberikan ruang pengudaraan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
“Karenah anak musim sunat. Syok, angin lalu bawah tu, luka cepat kering. Ada sesiapa boleh inovasikan jadi kain pelikat?” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, dengan kebanyakan mereka memuji kreativiti si ibu.
“Idea yang bijak! Cara ini lebih praktikal dan memudahkan pergerakan anak tanpa perlu memegang kain pelikat setiap masa,” ujar Suzyy.
“Sungguh kreatif! Saya tidak pernah terfikir tentang ini. Nampaknya petticoat kakak akan disimpan untuk kegunaan lain,” kata AisyaMie.
“Cadangan yang menarik! Saya akan mempertimbangkan untuk membeli satu buat anak saya nanti,” tambah Sue Anne. -KOSMO! ONLINE
@syarifahsyikinKarenah anak musim sunat. syok ooo angin lalu bawah tu. luka cepat kering 😂 . Ada ke sape2 boleh inovasi jadi kain pelikat. ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)