fbpx

Suami terbunuh, isteri parah Myvi bertembung Nissan Sylphy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dari kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Parit Jawa, Pontian, malam semalam.

PONTIAN – Seorang lelaki terbunuh manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Parit Jawa di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohamad Osman Jamian, 39.

Katanya, mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Pontian (HP).

“Manakala isteri kepada Mohamad Osman yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah pada badan dan patah tangan kanan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak berusia setahun tahun yang merupakan anak kepada pasangan itu mengalami kecederaan ringan pada tangan.

Pemandu kereta Nissan Sylphy pula merupakan seorang wanita warganegara Taiwan berusia 39 tahun mengalami kecederaan pada badan dan kaki.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Nissan Sylphy yang datang dari arah Kayu Ara Pasong ke Parit Semerah dipercayai hilang kawalan.

“Akibatnya kereta tersebut memasuki laluan bertentangan dan telah berlanggar dengan kereta Perodua Myvi,”katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memohon sekiranya ada saksi yang melihat kejadian tersebut boleh tampil bagi membantu siasatan di Pejabat Traffik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD ) Pontian atau menghubungi Inspektor Aiman Faiz Jusoh ditalian 011-2656677.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI