fbpx

‘Muka daddy, mata mummy’ – Intan Najuwa dedah wajah Imane Lunara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan akhirnya berkongsi wajah anak kesayangan, Imane buat tatapan umum.

PETALING JAYA – Bagai memahami penantian peminat, pelakon Datin Intan Najuwa ‘memperkenalkan’ puterinya, Imane Lunara selepas lebih sebulan dilahirkan.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, sebelum ini tidak pernah menunjukkan wajah permata hatinya atas sebab tidak dinyatakan.

“Bayi perempuan kami, Imane Lunara,” tulisnya pada keterangan gambar dalam Instagram.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu juga sempat ‘belanja’ beberapa foto si kecil dari pelbagai sudut termasuk ketika tidur.

Sebelum ini Intan menyatakan wajah Imane Lunara 99 peratus seperti suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Susulan pendedahan tersebut, rata-rata pengikut laman sosialnya memuji kecomelan si kecil selain sependapat mengatakan anak seiras bapanya.

Pada masa sama, ramai mendoakan bayi terbabit membesar sebagai anak solehah selain menjadi insan terbaik.

“Cantik sangat, muka daddy, mata mummy. Selamat membesar dengan baik,” kata netizen.

“Cantiknya, semoga membesar sebagai anak solehah dan menyenangkan ibu bapa,” tulis pengikut lain.

Intan dan Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 malah sepanjang kehamilan peminat turut teruja menanti kelahiran zuriat mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI