fbpx

Cuaca cerah di Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah dan baik di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia pada pagi ini tanpa hujan direkodkan setakat ini.

Bagaimanapun, hujan berpotensi berlaku pada sebelah petang, terutamanya di kawasan pedalaman Pahang, Perak serta Kelantan, walaupun dengan kebarangkalian yang rendah.

Sementara itu, cuaca di Sabah ketika ini agak mendung di kebanyakan kawasan dengan kemungkinan hujan di bahagian pesisir pantai Sandakan dan Kudat.

Manakala di Sarawak, hujan masih berlaku di sekitar pesisir pantai yang melibatkan bahagian Kuching, Mukah dan Sarikei dan di perairan negeri Sarawak khususnya, di bahagian daratan.

Keadaan ini boleh berlarutan sehingga malam dengan bahagian daratan dijangka kembali hujan seawal jam pukul 12 ataupun pukul 1 tengah hari nanti.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI