fbpx

Kuala Krai ‘sesejuk’ Cameron Highlands pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bacaan suhu dan suasana sekitar Kuala Krai yang dikongsi pengguna di media sosial.

PETALING JAYA – Fenomena cuaca sejuk kembali melanda daerah Kuala Krai, Kelantan selepas suhu dicatatkan pagi ini adalah purata kira-kira 18 darjah Celsius.

Menurut penduduk tempatan, suhu berkenaan dipercayai akan berakhirnnya musim tengkujuh dan ia adalah permulaan untuk musim panas atau kemarau.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa pengguna yang menetap di daerah itu berkongsi keadaan suhu sejuk itu dan ada yang mengibaratkan seperti berada di Kota London.

Malah kata mereka, suhu berkenaan juga adalah lebih kurang keadaan cuaca di Cameron Highland ketika ini.

“Beza sikit jahnya (dengan suhu Cameron Highlands), tulis admin Facebook I Love Kuala Krai.

Menerusi hantaran itu, I Love Kuala Krai turut berkongsi perbezaan suhu pagi tadi antara Kuala Krai dan Cameron Highlands iaitu 19 darjah Celsius dan 16 darjah Celsius.

Selain Facebook berkenaan, turut berkongsi keadaan suhu terkini di Kuala Krai adalah seorang pengguna dikenali sebagai Abdullahasbul Mat Nor.

“Kuala krai kembali sejuk, macam duk cameron doh pagi nii,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Izwan Ismail turut berkongsi bacaab suhu semasa di Kuala Krai yang menunjukkan 18 darjah Celsius pada pagi tadi.

“Kuala Krai mengalami musim sejuk seakan Kota London. Pagi ni 18℃, sikit lagi nak turun salji,”selorohnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI