fbpx

Sarawak berbelanja RM405 juta untuk bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk berbelanja sebanyak RM405 juta bagi meringankan beban rakyat Sarawak melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0.

Bantuan terbabit adalah kesinambungan dari empat pakej BKSS kerajaan negeri yang berjumlah RM2.6 bilion untuk meringankan beban rakyat Sarawak sejak pandemik Covid-19 bermula pada bulan Mac tahun lalu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan tersebut akan dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada penerima BKSS selama tempoh enam bulan akan datang.

“Kerajaan negeri berharap pakej BKSS 5.0 yang berjumlah RM405 juta ini akan membantu meringankan beban seluruh rakyat Sarawak sehingga ke bulan Jun akan datang.

“Kita juga berharap dan berdoa agar dengan adanya vaksin, penularan Covid-19 dapat diatasi selepas bulan Jun nanti,” katanya sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam bantuan terbabit, terdapat 11 langkah bantuan seperti diskaun bil elektrik dan air, diskaun sewa pasar dan gerai, diskaun taksiran kadar cukai pintu dan cukai tanah, dan diskaun sewa skim perumahan.

Rakyat Sarawak juga diberi pengecualian untuk bayaran permit dan lesen, selain bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kerajaan negeri juga akan menangguh pembayaran premium tanah serta pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) untuk membantu aliran tunai dan mengurangkan beban kewangan rakyat Sarawak,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI