fbpx

F1: Hamilton ganggu persiapan Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON hilang kawalan ke atas jentera sehingga melanggar penghadang litar da merosakkan sistem suspensi serta aerodinamik. - FB SCUDERIA FERRARI HP

BARCELONA – Persiapan Lewis Hamilton untuk musim Formula Satu (F1) 2025 bersama pasukan baharu, Ferrari menerima tamparan apabila terlibat dalam kemalangan dalam sesi ujian peribadi di Litar Barcelona-Catalunya kelmarin.

Juara dunia tujuh kali itu hilang kawalan ke atas jentera SF-23 di selekoh terakhir litar sebelum melanggar penghadang dengan impak kuat.

Meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, insiden itu menyebabkan ujian terganggu untuk tempoh yang panjang apabila Ferrari terpaksa melakukan kerja-kerja pembaikan sebelum rakan sepasukan Hamilton, Leclerc kembali ke trek pada sebelah petang.

Menurut laporan dari litar, jentera Ferrari mengalami kerosakan pada bahagian suspensi dan aerodinamik akibat insiden pelanggaran tersebut.

Hamilton sebelum ini telah menjalani ujian pertama bersama Ferrari di Fiorano minggu lalu sebelum pasukan beralih ke Barcelona untuk sesi kedua dan Ferrari dijangka kembali ke litar yang sama minggu depan bagi ujian tayar Pirelli, di mana Hamilton berpeluang memandu jentera 2024 pasukan itu.

Ujian tersebut akan menjadi sebahagian daripada persiapan Ferrari menghadapi perubahan besar dalam peraturan F1 pada 2026, termasuk penggunaan bahan api lestari sepenuhnya serta perubahan aerodinamik dan elektrifikasi.

Hamilton pernah mengalami situasi serupa pada 2013 ketika pertama kali memandu untuk Mercedes apabila mengalami kemalangan akibat kegagalan brek semasa ujian di Jerez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI