fbpx

K2

Pastikan perjalanan jauh dengan anak kecil lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAWA barang kelengkapan dan makanan anak-anak ketika berjalan bersama mereka. – Gambar hiasan

CUTI sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa untuk membawa anak-anak pergi bercuti.

Malah, ada yang mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk pulang ke kampung menziarahi ahli keluarga atau menghadiri pelbagai majlis termasuk kenduri kahwin.

Namun, membawa anak-anak kecil berjalan jauh memerlukan kesabaran yang tinggi serta persiapan fizikal dan mental kerana perjalanan bergantung kepada mood mereka.

Keadaan ini memerlukan ibu bapa sentiasa bersedia kerana mood anak-anak boleh berubah secara tiba-tiba sekiranya bosan, tidak selesa atau lapar.

Selain itu, ibu bapa perlu berdepan dengan drama pergaduhan anak-anak di dalam kereta.

Justeru itu, minggu ini, K-Wanita kongsikan lima cara yang boleh dilakukan supaya perjalanan jauh bersama anak-anak kecil sentiasa lancar.

 

Rancang perjalanan

PERJALANAN jauh terutamanya membawa anak-anak kecil memerlukan perancangan rapi supaya trip anda sekeluarga lancar dan tidak ada banyak gangguan semasa memandu.

Ibu bapa perlu merancang waktu dan tempoh perjalanan yang sesuai mengikut mood anak-anak supaya mereka tidak bosan atau meragam.

Elakkan juga memandu terlalu lama sehingga berjam-jam tanpa berhenti rehat.

Bukan sahaja anda memerlukan rehat selepas memandu dalam masa lama, tetapi anak-anak juga perlu bertenang seketika supaya mereka tidak stres dan bosan.

 

Bawa barang kelengkapan dan makanan

PASTIKAN anda membawa kelengkapan seperti tisu lembap, lampin pakai buang dan botol susu supaya anak kecil berada dalam keadaan selesa meskipun menempuh perjalanan panjang.

Selain itu, jangan lupa membawa bersama makanan dan minuman untuk alas perut sebelum tiba ke lokasi di tuju

Bak kata orang, ‘perut kenyang, hati senang’. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan masa kerana tidak perlu berhenti terlalu kerap untuk makan.

Bawa barang permainan anak atau alat hiburan

DI samping barangan asas yang lain, jangan lupa bawa mainan untuk mengurangkan rasa bosan dan mengelak mereka meragam atau bergaduh bersama adik-beradik lain.

Selain itu, ibu bapa boleh membawa buku cerita kanak-kanak dan memasang cerita atau lagu kegemaran di dalam kereta.

Aktiviti permainan ini tidak terhad dan ibu bapa perlu kreatif untuk menarik perhatian anak-anak seperti permainan teka-teki dan sebagainya.

Jangan panik apabila anak menangis

ANAK kecil dan tangisan tidak boleh dipisahkan, apatah lagi jika mereka berasa tidak selesa, bosan atau kurang sihat. Oleh itu, ibu bapa jangan panik jika tiba-tiba mereka menangis. Fokus kepada pemanduan.

Sementara itu, ibu bapa yang duduk berdekatan anak boleh memeriksa keadaan mereka dan cuba alihkan perhatian dengan permainan atau berikan snek.
Jika keadaan berlarutan, cari kawasan sesuai untuk memberhentikan kenderaan bagi menenangkan keadaan.

Bawa peti kecemasan bersama

MALANG tidak berbau, di mana sahaja boleh terjadinya sesuatu perkara tidak diingini.

Apatah lagi, jika anak-anak sangat lasak dan tidak boleh duduk diam.Sehubungan itu, ibu bapa perlu memastikan di dalam kenderaan ada peti kecemasan bagi merawat luka.

Ubat-ubatan atau kelengkapan dalam peti kecemasan sangat membantu sebelum anda mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI