fbpx

Park Si-yeon kemalangan sebab mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SI-YEON

AKTRES cantik Park Si-yeon secara peribadi memohon maaf atas perbuatannya memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah kereta baru-baru ini.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 17 Januari lalu di sebuah persimpangan lampu isyarat di bandar raya Seoul.

“Secara peribadi saya ingin memohon maaf dengan seikhlas hati.

“Apa sahaja alasannya, apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Sudah tentu kejadian tersebut membuatkan saya menyesal,” tulis Si-yeon pada ruangan kapsyen Instagram.

Dalam insiden tersebut, dia turut mengalami kecederaan setelah melanggar bahagian belakang kereta yang berada di hadapannya ketika itu.

Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, bacaan kandungan alkohol dalam darah pelakon itu mencatatkan 0.097 peratus. Dia juga didapati memandu dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI