fbpx

Gaduh punca Hilux, Vios rempuh kumpulan depan kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Toyota Vios dan Toyota Hilux dipandu arah sekumpulan orang ramai di sebuah kelab di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham semasa berhibur dipercayai menjadi punca Toyota Hilux dan Toyota merempuh kumpulan lelaki di hadapan bangunan sebuah kelab, Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, setakat ini, pihaknya sudah menahan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

“Kejadian berpunca perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa semasa berhibur.

“Setakat ini, empat suspek telah ditangkap bagI membantu siasatan manakala reman akan dipohon pada pagi ini,” ujarnya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan dua lelaki cedera akibat dirempuh Toyota Hilux dan Toyota Vios yang dipandu melulu sekitar Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berhubung kejadian dibuat pengadu lelaki tempatan berusia 24 tahun.

“Pengadu melihat dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios keluar dari sebuah bangunan tempat letak kereta dan dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab.

“Kenderaan tersebut telah melanggar sekumpulan lelaki mengakibatkan lebih
kurang dua orang mengalami kecederaan dan seorang mangsa telah dihantar ke hospital,” ujar Ku Mashariman.

Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI