fbpx

Anak kena ‘kacau’, Alyah hati-hati pilih hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK tahan anak sering mendapat 'gangguan' Alyah kini mengambil kira banyak perkara setiap kali mencari penginapan persinggahan jika ada urusan di luar daerah.

PUTRAJAYA – Pernah berdepan gangguan misteri, penyanyi Datin Alyah lebih berhati-hati memilih tempat penginapan setiap kali membawa anaknya, Nur Izzara bekerja di luar kawasan mahupun bercuti.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 44, berkata, bayinya, Nur Izzara yang kini berusia sembilan bulan pernah menangis tanpa henti menangis seperti ketakutan ketika mereka menginap di beberapa hotel.

“Saya mula menyedari perkara ini (gangguan) ketika mula-mula mahu membawa Izzara pulang ke Kuala Lumpur apabila kami bertiga termasuk pembantu singgah berehat di sebuah hotel.

“Sebaik sampai anak saya menangis sangat lama sedangkan keadaannya sebelum itu elok sahaja, jadi saya hubungi suami dan dia meminta kami tidak tidur di situ, sebaliknya terus pulang. Elok pula dia nyenyak tidur dalam perjalanan dan di rumah.

“Sejak ada Izzara saya jarang ambil ‘show’ yang lama dan kalau terima pun saya balik hari, tidak tidur di hotel. Sebenarnya situasi sama kami lalui ketika menginap di dua lagi hotel lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu, bagi mengelakkan insiden serupa berulang dia akan memeriksa ulasan pelanggan sebelum membuat tempahan hotel.

Bukan taksub kepada perkara mistik, langkah dilakukan juga membolehkan mereka dapat berehat dengan tenang selain menikmati masa berkualiti seisi keluarga.

“Sebenarnya banyak kebaikan kalau kita baca review sesuatu lokasi atau tempat penginapan kerana dari situ kita juga dapat tahu keadaan persekitaran juga perkhidmatan tambahan.

“Bagi orang yang ada bayi macam kami, saya tengok dahulu kalau banyak keluarga yang ada anak kecil pergi maknanya banyak kemudahan serta suasana pun selamat daripada gangguan,” ujarnya.

Terdahulu, pada Jun tahun lalu penyanyi Kisah Hati itu mengumumkan dia dan suaminya mengambil Nur Izzara sebagai anak angkat.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013, namun belum dikurniakan cahaya mata. Menerusi perkahwinan terdahulu Ramli mempunyai dua anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI