fbpx

Andalusia bantu 30 jemaah terkandas tunai umrah di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Daud Che Ngah (lima kanan) bergambar bersama jemaah sebelum pelepasan Pakej Khas Jemaah Umrah Terkandas di Terminal Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang di sini, hari ini.

SEPANG- Kira-kira 30 orang jemaah yang terkandas sebelum ini selepas ditipu sebuah agensi perkhidmatan umrah mampu tersenyum gembira apabila ‘dijemput’ kembali untuk menunaikan ibadah itu ke Tanah Suci semalam.

Rezeki itu diterima kumpulan jemaah menerusi tajaan dibuat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) selepas bersimpati dengan nasib menimpa kumpulan tersebut baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, usaha murni itu digerakkan oleh pemiliknya sendiri yang juga Pengarah Urusan Kumpulan, Ibrahim Mat Sin.

“Alhamdulillah, beliau sejurus mengetahui kes itu terus menghubungi seorang jemaah yang kebetulan membuat ‘live’ di TikTok bercerita masalah dialami mereka.

“Paling menarik, kumpulan pertama jemaah terbabit hanya perlu membayar RM5,200 setiap seorang sebagai hadiah khas daripada syarikat,” katanya ketika ditemui di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Kumpulan itu menaiki pesawat Boeing 787-10 milik Saudi Airlines penerbangan SV 841 pada pukul 2.32 pagi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Mengulas lanjut, Md. Daud berkata, Andalusia turut akan membantu lebih ramai jemaah lain yang juga terlibat dalam kes berkenaan dengan keseluruhannya berjumlah 150 orang.

“Bagaimanapun, mereka ini pula ditawarkan diskaun 30 peratus dengan pakej serendah cuma RM6,215 seorang bagi beberapa trip lagi sekitar Februari dan April nanti.

“Kesemua mereka bakal berada selama lapan hari di Mekah dan lima hari di Madinah dengan bimbingan mutawif berpengalaman diuruskan oleh syarikat tersebut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI