fbpx

PKPD asrama Westlite tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sidang khas hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Westlite, Taman Perindustiran Tampoi Jaya, Johor Bahru esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh berkenaan mendapati trend kes menunjukkan penurunan.

“Sepanjang tempoh PKPD, seramai 1,585 penghuni menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu 682 penghuni dikenal pasti positif Covid-19.

“Oleh itu, mesyuarat bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokasi berkenaan seperti yang telah dijadualkan,” katanya dalam sidang khas di FB Live hari ini.

Bagaimanapun katanya, kawasan itu masih tertakluk kepada PKP seluruh negeri Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI