fbpx

Cuaca cerah di Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah dan baik di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia tanpa hujan direkodkan setakat ini.

Bagaimanapun, hujan berpotensi berlaku pada sebelah petang, terutamanya di kawasan pedalaman Pahang serta bahagian tengah Perak, walaupun dengan kebarangkalian yang rendah.

Sementara itu, cuaca di Sarawak berbeza apabila mendung dengan hujan berterusan di kebanyakan kawasan akibat pengaruh luruan monsun.

Keadaan itu dijangka berlanjutan sehingga lewat malam nanti.

Di Sabah, cuaca dilaporkan baik di bahagian selatan dan timur, namun hujan sudah mula memasuki kawasan Kudat serta perairan Sandakan dan dijangka terus merebak ke kawasan lain menjelang tengah hari.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI