fbpx

Sabah mahukan kejayaan berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADDIL Ramdani (tengah) percaya Sabah FC mempunyai pakej lengkap untuk mara ke final Piala Malaysia dan pintas Selangor FC di tangga kedua Liga Super. - SABAH FC

 

KUALA LUMPUR – Bintang import Sabah, Saddil Ramdani percaya kualiti yang ada pasukan rakan sepasukannya mampu menghadirkan ‘hadiah’ berganda buat penyokong setia The Rhinos.

Selain misi layak ke final Piala Malaysia, The Rhinos juga masih mempunyai harapan untuk cuba menamatkan kempen Liga Super musim ini di tangga kedua memandangkan hanya dipisahkan tujuh mata berbanding Selangor FC.

“Kami percaya kepada pasukan kami yang sentiasa mahu menghadirkan mata. Kami mahu jadikan ia sebagai trend positif buat kami sepasukan.

“Nama pun bola sepak, pasti tidak ada yang tidak mungkin. Kami percaya dan kerjasama antara kami membolehkan kami capai apa yang kami mahukan,” katanya.

Pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, 18 Januari lalu, Sabah terikat 1-1 dengan Sri Pahang dan akan melengkapkan aksi timbal balik di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Ahad ini.

Dalam saingan Liga Super, Sabah yang baharu beraksi 17 perlawanan kini berada di tangga ketiga dengan 32 mata dan akan melayan kunjungan Kuala Lumpur City di Stadium Likas, 9 Februari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI