MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim anggap tempoh beberapa bulan awalnya di Old Trafford sebagai detik istimewa buat dirinya.
Walaupun terpaksa mengharungi situasi sukar yang menyaksikannya tewas enam kali dalam 11 perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, Amorim tetap gembira dengan perjalanan kariernya bersama Red Devils
“Ya (situasi paling sengit pernah dihadapi Amorim) namun ia juga adalah detik istimewa. Semua situasi itu ada dalam satu-satu masa.
“Saya tahu ia adalah pengembaraan yang mengujakan dan saya sedar ia cukup sukar,” katanya.
Sebelum ini Amorim terpaksa mengakui Man United sedang mengharungi detik terburuk dalam sejarah kelab itu
Bagaimanapun Amorim menjelaskan adalah menjadi perkara sia-sia untuk bercakap tentang kedudukan semasa pasukan kerana keutamaan adalah memahami keadaan.
“Saya tidak lihat kepada kedudukan tetapi saya lihat kepada apa yang pasukan sedang lakukan. Paling penting adalah kami mempunyai idea tentang apa yang kami mahu lakukan. AGENSI