MIRI – Kejadian tanah runtuh melibatkan dua buah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini awal pagi tadi mengorbankan lima mangsa maut, manakala dua yang lain cedera.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan sejak awal pagi berjaya menemui mayat kesemua mangsa dan mangsa terakhir dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada pukul 6.26 petang tadi.
Lima mangsa yang meninggal dunia merupakan penghuni rumah Lot 287A.
Berikut senarai nama lima mangsa yang meninggal dunia:
1. Sazarena Arabi, 41 tahun
2. Fatimah Dawi, 71 tahun
3. Irsyad Syairah, 16 tahun
4. Nur Raisyah Syahirah, 8 tahun
5. Nur Rania Syafiqah, 11 tahun
– KOSMO! ONLINE