fbpx

[VIDEO] Barang mahal punya fasal, dua lelaki ‘tinju’ peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru yang tular di Facebook.

JOHOR BAHRU – Gara-gara harga barang mahal, dua lelaki bergaduh dengan seorang peniaga selepas tercetus salah faham di Taman Johor Jaya, di sini pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah mengesan video tular memaparkan tiga individu warga tempatan bergaduh di jalan raya yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Hasil siasatan dijalankan, katanya, polis menahan seorang pelanggan dan seorang peniaga berusia 21 dan 28 tahun yang terlibat dalam pergaduhan itu kira-kira 6 petang semalam di sekitar kawasan Taman Johor Jaya, di sini.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 31 Januari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Katanya, seorang lagi suspek yang dipercayai pelanggan berusia 30an yang turut terbabit dalam pergaduhan masih diburu dan diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hamizan di talian 010-4338032 atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3871422,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI