fbpx

Lelaki maut Vios terjunam masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas ke arah bertentangan dan terjunam ke dalam gaung di jalan besar, Palong 5, pagi tadi. -IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas ke arah bertentangan dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter dalam kejadian di jalan besar, Palong 5, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun memandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Melaka.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan arah bertentangan dan melanggar sebatang pokok sebelum masuk ke dalam gaung.

“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta tersebut telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis meminta agar saksi kejadian berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Inspektor Mohd. Amirul Syafiq Mohd. Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI