fbpx

Malaysia-Thailand terus perkukuh kerjasama pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (dua dari kiri) dan Menteri Pertahanan Thailand (dua dari kanan) di Bangkok.

PETALING JAYA – Malaysia dan Thailand terus komited dalam memperkukuh hubungan serta meneroka peluang baharu khususnya dalam konteks pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sempena lawatan kerja rasmi ke Thailand, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, TYT Phumtham Wechayachai di Kementerian Pertahanan Thailand, Bangkok.

Katanya, komitmen dan persetujuan Thailand untuk terus membawa hubungan pertahanan antara keduanya ke tahap yang lebih tinggi amat dihargai.

“Ini termasuklah melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam kerjasama bidang pertahanan.

“Malaysia mengakui bahawa platform seperti Malaysia-Thailand General Border Committee (GBC) Meeting yang memasuki edisi ke-56 merupakan usaha yang baik dalam pengukuhan kerjasama berkenaan keselamatan sempadan, operasi bersama, serta inisiatif pembangunan sosio-ekonomi dan pengurusan bencana,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik yang baik, sama ada secara dua hala mahupun melalui platform seperti ASEAN.

“Saya turut memanjangkan jemputan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand ke LIMA’25 dan dua acara sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini, iaitu ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) Retreat dan Mesyuarat ADMM.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat bersama Royal Thai Armed Forces dan berharap Thailand dapat memanfaatkan Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP) dalam usaha pembangunan kapasiti dan mempertingkat diplomasi pertahanan Malaysia-Thailand,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI