KUALA LUMPUR – Sebuah kondominium sekitar Jalan San Peng, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 10.01 malam.
Katanya, seramai 24 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Pudu bersama jentera bergegas ke lokasi.
“Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohd. Suhaimi Mohd. Razali, setibanya pasukan di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 22 musnah 100 peratus.
“Tindakan operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,” ujar PGO KL dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 11.27 malam.
“Kejadian ini tidak melibatkan mangsa, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
@yasmeen77744♬ original sound – Yasmeen