PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di empat negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat itu ialah Perak, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
“Amaran ribut petir serta hujan lebat di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah.
“Di Sarawak pula, amaran ribut petir dan hujan lebat merangkumi Kapit (Belaga) dan Miri (Telang Usan), manakala Sabah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) serta WP Labuan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE